Thursday, March 26, 2009

apa itu rasuah? rasuah politik?

kita berasa pelik dgn tindakan badan disiplin UMNO
kita berasa pelik juga bagaimana SPRM menyepi dan tidak mengambil mereka yg memang telah didapati bersalah melalukakan politik wang tetapi tidak didakwa di mahkamah?

pelik pelik,....rakyat tidak bodoh...

tambahan lagi pemimpin yg didapati bersalah melalukan rasuah politik masih lagi dibenarkan memimpin sebuah negeri...

pelik pelik pelik...

ada yg didapati bersalah melakukan politik wang tapi hanya diberi amaran sahaja...ada yg digantung...double standard?

SPRM buat apa? kalau orang di parti lawan ada unsur-unsur rasuah, segera didakwa..tapi jika UMNO, langsung tiada didakwa

jungle law?

Umno akan hancur?

ketika ini perhimpunan agong UMNO berlangsung di PWTC KL

janganlah kita anggap perwakilan umno seramai 2000 orang tersebut mewakili semua rakyat malaysia. dan juga adalah salah jika kita anggap ahli umno yg berjumlah 2juta (berapa yg aktif?) adalah mewakili suara semua rakyat malaysia?

saya lihat pemimpin muda umno khususnya sekarang bukan berjuang tulen untuk membela bangsa...mereka lebih kepada nak mengejar projek-projek kerajaan...iaitu kepada poket wang masing-masing

perlu kita ketahui ramai lagi melayu yg berjaya tanpa bantuan umno atau kerajaan pun...

jika UMNO masih bongkak dan tidak mahu mendengar rintihan majoriti rakyat atau buat-buat tak tahu apa kehendak rakyat maka lihatlah akibatnya nanti..

pilihanraya 2008 lalu telah menunjukkan kemarahan rakyat kepada parti UMNO dan sekutunya BN

rakyat malaysia sudah tidak bodoh lagi, mereka cerdik dan mereka membaca bukan hanya akhbar-akhbar yg dimilik UMNO spt Bharian, utusan, dll

Fikirkanlah siapa generasi pemimpin masa depan? Orang UMNO? Pakatan Rakyat?

satu permulaan

memang minat saya menulis
dengan menulis dan membaca, kita dapat mengembangkan minda kita.

apa yg saya taip di sini sekadar pendapat saya semata-mata.
ia mungkin boleh diterima atau pun mungkin tidak sesuai diterima

yang penting, kita suarakan apa yang kita fikir perlu orang ramai ketahui..

saya amat mengalu-alukan komen dari para pembaca sekalian

selamat membaca

wan hamidi
26Mac2009